Untuk pengisian ilmu kepada anda. Disini Muslimah
Stylistaa nak kongsikan tips pilihan tudung yang mungkin akan membantu anda
dalam pemilihan gaya dan penampilan.
Secara asasnya pemilihan tudung perlulah mengambil
kira beberapa faktor penting seperti fabrik,warna,saiz,corak,bentuk muka dan
gaya pemakaian.Anda haruslah bijak mengayakan tudung mengikut kesesuaian supaya
anda tidak menjadi mangsa fesyen yang berbagai sekarang ini.
Tips 1
Pilih
tudung dari fabrik yang bersesuaian seperti kain kapas,kain
kasa(bawal),jojet,lycra,jersey dan chiffon.
Tips 2
Jika
memilih corak berbunga besar,padankan dengan baju kurung atau kebaya yang
berwarna garang dan polos.
Tips 3
Jika
memakai baju yang bercorak atau berbunga, padankan dengan tudung yang mempunyai
warna paling sikit di baju kamu.
Tips 4
Untuk kamu yang berkulit kuning langsat,pemakaian
tudung berwarna biru,l avendar dan pink akan menyerlahkan lagi keserian wajah.
AWAS! elakkan tudung berwarna hijau dan kuning supaya
tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya.
Tips 5
Cuba
elakkan memakai tudung dan baju yang sedondon.
Tips 6
Elakkan
pemakaian tudung yang berwarna gelap dan kusam untuk mengelakkan kamu kelihatan
lebih berusia daripada umur kamu.
Tips 7
Untuk
penampilan yang lembut tetapi ceria dan berkeyakinan tinggi, pilihla tudung
polos atau kosong yang berwarna cerah seperti merah jambu, kuning dan biru.
Tips 8
Bagi
wajah yang berbentuk bulat, pilihla tudung yang bercorak kecil dan tidak
penuh.Ia untuk mengelakkan wajah kamu kelihatan penuh dan tidak terurus.
Tips 9
Bagi
kamu yang berkulit putih disyorkan memakai tudung berwarna hijau, ungu dan
lavender untuk wajah yang lebih segar.
AWAS! Tudung berwarna merah jambu akan membuatkan kamu
kelihatan pucat.
Tips 10
Buat
pemilik kulit sawo matang, warna hijau dan kuning membuatkan kamu kelihatan
lebih cerah dan terang.
AWAS! Cuba elakkan memakai tudung berwarna kelabu
gelap supaya wajah kamu tidak kelihatan kusam.
Tips 11
Pastikan
tudung kamu dikemaskan di bawah kerongsang selepas dipinkan tudungnya. Ia
bertujuan mengelakkan lilitan tudung kelihatan seperti mengelembung.