Gula-Gula Getah Melekat Pada
Pakaian
Letakkan
pakaian tadi dalam peti sejuk beberapa jam. Kemudian keluarkannya. Basuh
seperti biasa dan anda akan dapati gula-gula getah mudah ditanggalkan dari
pakaian.
Pakaian Terkena Dakwat
1.
Bancuh sedikit susu dengan sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup dan
rendamkan pakaian yang terkena dakwat tadi ke dalam bancuhan susu tersebut
selama 20 hingga 25 minit. Kemudian basuh dan bilas pakaian itu seperti biasa.
2.
Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan
gosok-gosoklah dengan tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti
biasa.
3.
Picitkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar.
Kemudian sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus dan basuhlah seperti
biasa.
Pakaian
Terkena Karat
1.Pakaian yang disimpan lama biasanya akan mempunyai
kesan karat terutama pada bahagian lipatan. Kesan karat juga boleh terkena pada
pakaian jika tempat sidaian besi itu sendiri berkarat. Sapukan sedikit kapur
makan pada bahagian yang berkarat. Kemudian perah limau nipis di atas bahagian
berkarat tersebut. Biarkan selama 30 minit sebelum disental. Kesan karat akan
lebih mudah untuk dibersihkan.
2. Potong
dua biji limau. Gosokkan pada bahagian yang terkena karat. Kemudian rendamkan
dengan air garam. Setelah itu, basuh pakaian itu seperti biasa.
Hilangkan Getah Pisang Pada
Pakaian
Sapukan
sedikit kapur makan dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian barulah dicuci seperti
biasa.
Pakaian Terkena Cat
Rendamkan
pakaian itu bersama minyak tanah. Biarkan ia selama beberapa jam. Kemudian
basuh dengan air sabun, berus dan bilas seperti biasa.
Membersihkan Tekat Benang
Emas
Sulaman
daripada benang emas amat sukar dibersihkan. Untuk mengatasinya, taburkan
sedikit serbuk soda bikarbonat. Kemudian gosoklah perlahan-lahan.
Memutihkan Kain
Kain
putih yang lama disimpan akan menampakkan warna yang kusam dan tidak berseri.
*
Bakar pelepah kelapa sehingga menjadi abu.
*
Campurkan dengan air.
* Masukkan sabun dan rendamkan
kain tersebut semalaman.
* Kemudian cuci kain tersebut
seperti biasa.
Menanggalkan Kesan Minyak
Hitam pada Pakaian
1.
Titiskan beberapa titik minyak tanah dan sapukan pada bahagian yang hitam.
Gosok perlahan-lahan supaya ianya tidak merosakkan pakaian tersebut. Biarkan ia
sebentar. Kemudian perahkan air limau nipis atau limau kasturi. Setelah itu,
basuh dengan air sabun dan bilas seperti biasa.
2.
Basahkan kain dan sapukan sabun mandi di tempat yang ada kesan hitam. Kemudian
cucilah seperti biasa dan ulang beberapa kali sehingga kesan hitam itu hilang.
Mengeringkan Kasut Sekolah
1.Gumpal
beberapa helai kertas surat khabar dan sumbatkan ke dalam kasut sekolah
sehingga padat. Kemudian letakkan ia di bawah peti sejuk.
2.Sumbatkan beberapa helai kain buruk -(cth : baju t-shirt yang sudah tidak digunakan lagi) dan sumbatkan ke dalam kasut sekolah sehingga padat dan letakkan dibelakang peti sejuk.
2.Sumbatkan beberapa helai kain buruk -(cth : baju t-shirt yang sudah tidak digunakan lagi) dan sumbatkan ke dalam kasut sekolah sehingga padat dan letakkan dibelakang peti sejuk.
Menghilangkan Darah Pada
Pakaian
1.
Gosokkan sabun mandi pada pakaian, bairkan seketika. Selepas itu basuh pakaian
itu seperti biasa. Insya-Allah darah itu akan hilang nanti.
2.
Campurkan garam kasar dengan air. Rendamkan pakaian yang terkena darah ke dalam air
tersebut. Biarkan semalaman. Kemudian cucilah seperti biasa.
Menghilangkan Karat Besi
Pada Pakaian
1.
Basuh kain dengan garam yang dicampur dengan air limau nipis. Cuci di tempat
yang terkena karat. Kemudian basuh seperti biasa.
2.
Sapukan sabun mandi sehingga menutupi kawasan yang berkarat. Kemudian perahkan
limau nipis atau limau kasturi ke atas kesan karat itu.. Biarkan ia seketika dan basuh
dengan air sabun seperti biasa.
Menghilangkan
Minyak di Kain
Basuh
kain tersebut dengan air sabun, perah dan jemurkan sehingga kering. Kemudian
bilas sekali lagi dan jemur semula. Ulang sehingga anda nampak perubahannya.
Mengekalkan Warna Pakaian
Rebus
dua biji kentang, hancurkan dan gaulkan dengan sedikit garam serta sedikit
cuka. Selepas itu masukkan pakaian tadi ke dalam campuran tersebut dan biarkan
selama 30 minit. Kemudian cuci seperti biasa.
Mengekalkan Warna Kain Batik
1.
Rendamkan kain batik anda yang baru dibeli ke dalam bancuhan air teh selama 20
minit. Kemudian bilas sehingga bersih tanpa menggunakan sabun.
2. Ramas daun betik dengan air. Kemudian rendamkan kain batik yang baru dalam air tersebut semalaman.
2. Ramas daun betik dengan air. Kemudian rendamkan kain batik yang baru dalam air tersebut semalaman.
No comments:
Post a Comment