Wednesday 21 May 2014

Doa Murah Rezeki.. InsyaAllah

Assalamualaikum dan salam sayang dari Muslimah Stylistaa.. Pada hari ini Muslimah Stylistaa ingin berkongsi sepotong ayat untuk kita semua amalkan.. semoga kita semua dimurahkan rezeki dengan izinNya.. Selamat Beramal...


Rahsia Pemakanan Sihat Wanita Jepun

TABIAT makan memang mampu mengubah diri apatah lagi jika rajin meneliti corak pemakanan yang diwarisi secara tradisional di pelbagai pelosok dunia.


Antara tabiat pemakanan yang sering menjadi tumpuan adalah diet warisan masyarakat Asia khususnya di Jepun, China, Korea, Vietnam, Thailand dan India manakala di Eropah, cara tradisional pemakanan masyarakat Perancis turut menjadi perhatian.

Hasil tulisan perunding pemasaran kelahiran Jepun, Naomi Moriyama menerusi bukunya berjudul Japanese Women Don't Get Old or Fat, menyelongkar petua di sebalik gaya hidup wanita negara matahari terbit itu yang muda bertenaga.

Dia bukanlah pengamal diet, tetapi rahsianya mudah saja, menikmati masakan rumah cara Jepun.

Dia juga yakin jangka hayat hidup yang panjang dan kadar obesiti yang rendah di kalangan masyarakat Jepun banyak berkait dengan jenis makanan disediakan di rumah.

Membesar di Tokyo dan kini tinggal di New York, Amerika Syarikat, Naomi pernah mengalami pertambahan berat lebih 10 kilogram dengan ketinggian hanya 150 sentimeter ketika menuntut di kolej kerana banyak menikmati makanan Amerika.

Dia dan suaminya kini bertukar kepada cara makan tradisional Jepun.

Lebih langsing dan bertenaga, dia berkongsi strategi pemakanannya yang digelar sebagai tujuh rahsia dapur Tokyo.

1) Rahsia pertama, makanan yang menjadi keutamaan termasuk ikan, soya, nasi, sayur-sayuran dan buah-buahan.

2) Kedua, sajian makanan adalah kecil.

3) Ketiga, sup miso menjadi sajian sarapan utama.

4) Keempat, memasak secara sederhana.

5) Kelima, nasi menggantikan roti.

6)Keenam, hanya jamah makanan pencuci mulut.

7) Ketujuh, wanita Jepun lazimnya tidak mengamalkan diet sebaliknya hanya makan apa saja yang digemari dalam jumlah sedikit.

Naomi mengakui masyarakat Jepun juga tidak makan hingga kenyang sepenuhnya kerana lazimnya mereka makan hingga 80 peratus kenyang.

Mereka juga banyak berjalan iaitu mereka mengambil peluang untuk berjalan ke mana saja.

"Makanan Jepun memberi tumpuan terhadap tenaga makanan yang dihasilkan dalam saiz yang memuaskan. Tidak perlu masak cara Jepun untuk menikmati asas diet yang menyihatkan, hanya makan lebih ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan serta tambah beberapa pilihan menyihatkan seperti taufu dan nasi," kata Naomi.

Menurutnya, cara hidup dan diet itu juga membuatkan masyarakat Jepun baik lelaki atau wanita, hidup lebih lama dan sihat.

Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jangka hayat wanita dan lelaki Jepun adalah 86 serta 79 tahun berbanding warga Amerika, 80 tahun (wanita) dan 75 tahun (lelaki).

Selain itu, masyarakat Jepun mencatatkan kadar obesiti paling rendah di kalangan negara maju iaitu kira-kira tiga peratus berbanding 11 peratus untuk Perancis dan 32 peratus Amerika.

"Mungkin ramai yang kata ia sebahagian daripada genetik kami, tetapi apabila orang Jepun mula mengamalkan cara pemakanan Barat, mereka cepat mengalami pertambahan berat badan," kata Naomi sambil menambah petua, seseorang itu harus makan dengan mata.

Menurutnya, keajaiban makan cara Jepun adalah keseimbangan yang menyihatkan dari segi inti makanan serta menyajikan makanan lazat yang rendah kalori.

Di samping itu, makanan harus disajikan cantik menerusi jumlahnya yang kecil dalam pinggan kecil molek.

"Menerusi cara itu, ia menggalakkan seseorang untuk 'makan dengan mata' dengan menikmati keindahan makanan. Hasilnya, kita akan makan dengan perlahan untuk menikmati setiap gigitan.

"Ini juga bermaksud, seseorang itu akan makan dalam jumlah yang sedikit kerana ia memberikan masa kepada otak untuk sedar bahawa tubuh kita sudah kenyang," katanya.

Menurutnya, secara purata masyarakat Jepun makan kira-kira 25 peratus kurang kalori setiap hari berbanding warga Amerika.

Makan hanya lapan peratus kurang daripada jumlah kalori setiap hari sambil meningkatkan aktiviti fizikal secara sederhana, mungkin memadai untuk menggalakkan usia yang lebih panjang, menurut penyelidikan Kolej Perubatan Universiti Florida.

Diet Jepun juga banyak pengambilan nasi iaitu kira-kira enam kali ganda lebih banyak daripada jumlah diambil seseorang yang mengamalkan pemakanan di Amerika.

Di Jepun, semangkuk kecil nasi dihidangkan bersama hampir semua sajian termasuk sarapan.

Karbohidrat kompleks yang rendah lemak itu memang mengenyangkan justeru, seseorang itu kurang keinginan untuk makan makanan berlemak seperti biskut dan pastri.

Menurut Naomi, masyarakat Jepun juga gila makan sayur. Sayur-sayuran seperti lada benggala merah, lada benggala hijau, kacang hijau, terung, bawang, tomato, kobis, lobak merah, bayam, pucuk rebung, akar teratai, cendawan shitake, kentang manis serta rumpai laut adalah antara yang digemari dalam pemakanan Jepun.

Malah, tiada siapa fikir ia sesuatu yang ganjil apabila mereka menyediakan sup sayur-sayuran atau salad untuk sarapan. Sayur-sayuran itu biasanya disediakan dengan rebusan berperisa, tumis bersama minyak kanola atau dikukus perlahan, semua kaedah itu mengekalkan jumlah khasiat yang maksimum.

Ikan seperti salmon, tuna, makerel dan sardin adalah sumber penting asid lemak omega-3 yang dikenali kerana manfaat kesihatannya untuk jantung.

Cuma, diet Jepun mungkin mengandungi sodium yang tinggi, justeru kurangkan pengambilannya terutama di dalam sos soya atau teriyaki atau menggunakan sos berkenaan dalam jumlah yang kecil.

Rahsia diet masyarakat Jepun itu jika diteliti, sesetengahnya ada persamaan dengan tabiat pemakanan yang diwarisi secara tradisional oleh masyarakat Perancis.

Seperti diketengahkan penulis Mireille Guiliano yang menghasilkan buku yang cukup laris beberapa tahun lalu, French Women Don't Get Fat, ada sesuatu yang harus dipelajari daripada sikap orang Perancis terhadap makanan.

Baginya, seseorang itu harus menikmati makanan, bukannya takutkan makanan.

Masyarakat Perancis rata-rata bukan saja menikmati makanan mereka, tetapi pada masa sama, mengawal berat badan menerusi perubahan kecil dalam tabiat pemakanan.

Mireille mengakui wanita Perancis biasanya makan mengikut waktu.

Mereka juga tidak kisah mengenai jumlah kalori makanan sebaliknya menjalin hubungan yang seimbang dengan makanan.

Ini bermakna seseorang itu harus memberi penekanan terhadap kualiti, bukannya kuantiti dan belajar untuk makan secara perlahan supaya dapat menikmati makanan, sekali gus mengelak tabiat makan dengan gelojoh.

Baginya, seseorang itu boleh menikmati apa saja makanan, tetapi ia harus secara sederhana.

Makanan Perancis biasanya mengandungi beberapa hidangan, tetapi sajiannya kecil dan makanan berkenaan berkualiti tinggi.

Saranan Mireille, menikmati secubit coklat berkualiti tinggi adalah lebih memuaskan selera daripada sekeping coklat bersaiz besar.

Keseimbangan yang dimaksudkan bukan saja membabitkan makanan, tetapi aspek lain.

Misalnya, jika seseorang itu menikmati pencuci mulut ketika makan tengah hari, dia lazimnya memilih hidangan makan malam yang agak ringan atau bersenam dengan berjalan sekeliling kediaman.

Meskipun tiada kajian saintifik dibuktikan, penyelidikan perubatan turut menyokong fakta ini

Kajian Universiti Pennsylvania, Amerika misalnya mendapati meskipun kebanyakan makanan Perancis mempunyai kandungan lemak yang tinggi, masyarakat Perancis biasanya menikmati saiz hidangan yang lebih kecil dan kebanyakannya mengambil jumlah kalori yang lebih sedikit berbanding kebanyakan masyarakat AS.

Monday 19 May 2014

TIPS MEMILIH WARNA PAKAIAN BERDASAKAN BENTUK BADAN


Setiap wanita tentu ingin tampil cantik dan anggun dengan busana yang dipakai. Namun yang demikian, pakaian cantik tidak semestinya memerlukan jenama yang terkenal dan mahal. Tapi segala tips ini hanya sekadar sharing dari apa yang Muslimah Stylistaa tahu melalui khusus, pembacaan & rujukan.... tak salah kan untuk kita berkongsi ilmu... Kalau nak kongsi ilmu ada pelbagai ilmu.... Ilmu tak boleh dibawa mati pun.... sebar-sebarkanlah ilmu yang kita perolehi agar ia dapat memberi manfaat kepada orang lain. Jadi ini adalah salah satu ilmu yang Muslimah Stylistaa tahu dan Muslimah Stylistaa nak kongsikan ini kepada semua wanita yang inginkan bergaya cantik disamping mengekalkan identiti muslimah & menutup aurat.  Kali ini Muslimah Stylistaa akan berkongsi tips memilih warna pakaian berdasarkan bentuk badan.

Badan gempal dan tinggi
Individu seperti ini sesuai menggayakan baju bewarna gelap seperti warna hitam, coklet gelap, biru gelap, hijau gelap kerana warna-warna ini mampu membuatkan anda kelihatan langsing. Serlahkan juga penampilan anda dengan corak bunga-bunga kecil. Untuk kelihatan ceria anda harus bijak bermain dengan warna. Awas, elakkan memakai pakaian warna terlalu terang dan corak bunga yang besar kerana ia akan menampakkan kegempalan anda.

Badan kurus dan rendah
Jika anda golongan ini, serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna baju yang lebih cerah dan corak bunga yang sedikit besar. Corak garis menegak sesuai dipakai supaya anda nampak lebih tinggi. Lengkapkan penampilan anda dengan memakai kasut tinggi wedges, ia mampu membantu menambahkan ketinggian  dan pastinya anda akan kelihatan lebih elegan dan trendy! 

Badan kurus dan tinggi

Untuk individu yang berbadan kurus dan tunggi, anda sesuai memakai warna cerah seperti merah jambu, merah, kuning, oren, hijau, biru muda dan coklet serta boleh juga menggayakan corak melintang dan bunga baju yang besar supaya mengurangkan anda dilihat terlalu kurus. Corak melintang dan besar mampu memberi gambaran bahawa anda lebih berisi.
Cantik atau tidak? yang mana menjadi pilihan. 


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini...

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh.Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga.Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang,saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula,jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya,itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Tiada Keyakinan Diri Untuk Berfesyen ?Kerana Takut Kena Gelak.



Perkara ini sebenarnya sering berlaku pada diri seorang remaja wanita yang baru ingin mengenal dunia fesyen dan solekan. Maka, dengan itu saya ingin berkongsikan beberapa tips mudah untuk berfesyen kepada anda supaya dapat mengembalikan keyakinan diri anda dalam berfesyen. 

Rujukan Fesyen Yang Boleh Anda Gunakan :







Beg



Secara umum,ada 5 jenis bentuk badan:

1.Jenis Pear 
Selalunya mereka akan besar bahagian punggung,dan kecil dibahagian dada.

2.Jenis Apple :Mereka akan kurus dibahagian punggung ke bawah, namun mengalami masalah bahagian atas dari perut ke dada.
Nampak kurang stabil,kaki kecil,dada besar.

3.Jenis Hour Glass :Jenis bentuk badan ini sempurna.sebab nampak sama bahagian atas dan bawah.serta pinggang kelihatan ramping. Memang menjadi idaman wanita bentuk badan macam ini.


4.Jenis Petite :Selalunya orang kurus memiliki bentuk badan macam ini..Dia boleh tergolong dari kategori diatas juga jika telah berisi nanti..


5.Jenis Slim Athelic :Kalau wanita yang aktif bersukan.selalunya ukuran dada,pinggang dan pinggul sama je tak banyak beza.

Ujian Bentuk Badan :

Kalau nak tahu bentuk badan sendiri, berdiri depan cermin dengan memakai baju ketat mengikut tubuh,kemudian ambil gambar. Tunjukkan kepada rakan yang sangat dipercayai untuk membantu mengenali bentuk badan anda. 

Handbag yang sesuai :

Ok sudah selesai ujian tadi, mari tengok handbag yang sesuai untuk anda:


Bagi handbag ini sangat sesuai oleh bentuk badan jenis petite..Sebab ianya kecil dan tidak terlalu besar.


Yang ini sangat sesuai bagi bentuk badan  Hour Glass kerana warna keemasan serta bentuk handbag itu sendiri menampakkan keseimbangan.
Ini adalah warna dan bentuk selamat kepada semua jenis bentuk badan.


Ini sesuai bentuk badan Slim Athelic dan Appetite.


Yang ini sangat sesuai bagi bentuk badan jenis Apple.Bentuknya besar bahagian bawah boleh mengubah
perhatian orang dari bentuk badan seseorang ke arah beg :)


Warna coklat juga adalah warna selamat,namun design ini sesuai untuk jenis bentuk badan Pear. Sebab talinya pendek dan bila kita bawa ke bahu dekat dengan dada. So boleh menampakkan keseimbangan bahagian atas dan bawah badan.


Beg ini juga sesuai untuk semua..sebab ianya bertali panjang.Boleh ubah mengikut ketinggian seseorang


Paling praktikat untuk bentuk badan pear sebab ianya berbentuk angular shapes.(bersegi).untuk mengimbangkan bentuk badan kita yang berisi dibahagian bawah. Tapi bagi pemilik bentuk badan peardinasihatkan membeli beg yang berbentuk bersegiJangan bulat atau rounded shape. Sebab membuatkan anda lagi berisi.


Ini talinya panjang sedikit,maka sesuai untuk bentuk badan apple. Kerana dapat mengelak badan nampak terlalu penuh di bahagian atas, maka dengan tali yang panjang sedikit dapat menutupi kekurangan bahagian atas lagi besar dari yang bawah.


Clutch berbentuk segi sesuai untuk bentuk badan pear,hour glass,apple.
Berbentuk bulat atau ala-ala bulat sesuai untuk bentuk badan appetite dan juga slim athelic.

Tudung

Tips memilih tudung :

1:  Pilih tudung dari fabrik yang bersesuaian seperti kain kapas dan kain kasa (bawal).


2:  Jika memilih corak berbunga besar, padankan dengan baju kurung atau kebaya yang berwarna garang dan polos.

3:  Jika memakai baju yang bercorak atau berbunga, padankan dengan tudung yang mempunyai warna paling sikit di baju anda. Contoh; jika warna hijau paling sedikit di baju anda, pilihlah tudung warna hijau.

4:  Cuba elakkan memakai tudung dan baju yang mempunyai warna sedondon.

5:  Untuk penampilan yang lembut tetapi ceria dan berkeyakinan tinggi, pilihlah tudung polos atau kosong yang berwarna cerah seperti merah jambu, kuning dan biru.

6:  Elakkan pemakaian tudung yang berwarna gelap dan kusam untuk mengelakkan anda dari kelihatan sudah berusia.

7:  Bagi wajah yang berbentuk bulat, pilihlah tudung yang bercorak kecil dan tidak penuh. Ia untuk mengelakkan wajah anda kelihatan penuh dan tidak terurus.

8:  Anda yang berkulit putih disyorkan memakai tudung berwarna hijau, ungu dan lavender untuk wajah yang lebih segar. Tudung berwarna merah jambu akan membuatkan anda kelihatan pucat.

9:  Anda yang berkulit kuning langsat, pemakaian tudung berwarna biru, lavender dan pink akan menyerlahkan lagi keserian wajah. Elakkan tudung berwarna hijau dan kuning supaya tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya.

10: Buat pemilik kulit sawo matang, warna hijau dan kuning membuatkan anda kelihatan lebih cerah dan terang.  Elakkan memakai tudung berwarna kelabu gelap supaya wajah anda tidak kelihatan kusam.

11:  Pastikan tudung anda dikemaskan di bawah keronsang selepas pinkan tudung. Ia bertujuan mengelakkan lilitan tudung kelihatan seperti mengelembung.

Pakaian

Tubuh Buah Pir
Anda yang memiliki tubuh berbentuk buah pir memiliki bokong dan pinggul yang lebar, sedangkan bahu Anda kecil. Untuk mengimbangi bentuk tubuh Anda ini, gunakan dress atau rok A-line yang dapat menyamarkan pinggul lebar Anda. Pilihan rok berwarna gelap juga bisa menjadi pilihan untuk memperjelas siluet Anda.
Hindari mengenakan atasan yang terlalu ketat karena akan semakin memperjelas proporsi tubuh Anda bagian atas yang kecil. Lupakan juga baggy pants atau rok yang berpotogan di pinggul karena akan semakin ‘memperlebar’ tampilan pinggang Anda.
Tubuh Buah Apel
Tubuh berbentuk apel memiliki tubuh bagian atas lebih besar dibandingkan pinggang. Untuk menyiasati bentuk tubuh ini, Anda bisa mengenakan pakaian berkerah V yang membuat ilusi leher terlihat lebih jenjang. Pakaian bermotif juga dapat menyamarkan dan merampingkan siluet tubuh Anda.
Bagi pemilik bentuk tubuh ini, sebaiknya hindari atasan turtle neck yang membuat bagian dada Anda terlihat pendek dan penuh. Hindari warna cerah sebagai bawahan untuk menghindari efek tubuh terlihat lebih besar.
Tubuh Mini
Tidak sedikit wanita Asia, terutama, memiliki tubuh yang mungil. Untuk tubuh jenis ini, detail pada pakaian, seperti kerut atau ruffles, dapat membantu menyamarkan tubuh mungil Anda. Untuk tampilan kasual, pilih bahan yang flowy dan warna cerah agar memberikan kesan penuh pada tubuh. Selain itu, bersahabatlah dengan skinny belt dan heels.
Sebaiknya, hindari palet warna gelap yang akan membuat Anda terlihat semakin mungil. Maxi dress, wide leg pantas, juga sebaiknya dihindari karena membuat Anda terlihat ‘tenggelam’ dalam pakaian.


Pemilihan warna pakaian


Perkara asas yang perlu anda tahu dalam pemilihan pakaian ialah memilih warna yang sesuai dengan kulit. Sekiranya anda berkulit cerah pasti mudah memilih warna pakaian yang sesuai, tetapi bagaimana jika anda memiliki kulit berwarna gelap? Semak tip berikut supaya anda tidak salah memilih warna.

1. Jika anda berkulit cerah (putih) jangan sesekali mengenakan warna-warna pastel seperti coklat muda, biru muda atau pink.

2. Jika anda berkulit kuning langsat warna-warna tropika seperti jingga, hijau, merah, kuning dan biru merupakan pilihan yang terbaik.

3. Jika anda berkulit sawo matang pilihlah warna ungu, oren atau merah hati agar anda terlihat lebih menarik.

4. Jika anda berkulit gelap, warna-warna tanah yang lembut merupakan pilihan tepat untuk pakaian anda.

Jangan Lupa :

Menyesuaikan warna pakaian dengan waktu dan tempat. Warna gelap untuk acara formal sedangkan warna cerah untuk acara informal. Sesuaikan warna dengan karakter. Kalau anda ingin menyerlahkan sifat feminin, pakailah pakaian yang terdiri daripada warna-warna pastel. Sebaliknya, jika ingin ingin menarik perhatian orang ramai, pilih pakaian yang berwarna terang.

Jangan sesekali :



Nekad menggunakan pakaian yang berwarna terlalu kontra dengan kulit. Contohnya, anda berkulit hitam dan mengenakan pakaian yang berwarna merah jambu terang. Penampilan anda akan terlihat berat sebelah dan kelihatan hodoh! Selain itu, anda juga tidak boleh mengenakan aksesori dari rambut hingga kaki yang warnanya tidak senada dengan warna baju yang dikenakan.

Pemilihan seluar panjang 



Bagi yang mempunyai tubuh badan berisi cubalah mengenakan seluar panjang yang boleh memberi ilusi tubuh yang lebih tinggi dengan mengenakan seluar panjang berpotongan ‘wide-leg’ dan mempunyai ‘details’ seperti bergaris vertikal. Sebaliknya, hindari seluar yang berpotongan ketat. Untuk menyembunyikan pinggul yang berisi pula pilihlah seluar panjang bepotongan full-cut (melebar mulai dari pangkal paha hingga ke hujung seluar) dan hindari seluar panjang berpotongan ‘baggy’ atau yang tirus di bahagian hujung.

Sekiranya anda mempunyai sepasang kaki yang pendek, pilihlah seluar panjang berpotongan lurus atau ‘wide-leg’. Jangan tergoda dengan seluar berpotongan singkat kerana ia membuatkan kaki anda terlihat semakin pendek. Seluar panjang yang bercawat pendek adalah pilihan tepat bagi mereka yang memiliki badan yang pendek. Bagi yang mempunyai badan yang panjang, pilihlah seluar panjang yang mempunyai potongan pinggang yang tinggi.

Bagi anda yang memiliki punggung berisi, jangan ragu-ragu memilih seluar panjang berpotongan penuh. Selain itu, anda juga boleh menyembunyikan bentuk punggung dengan memakai seluar yang berpoket di belakang. Akhir sekali, bagi yang tergolong dalam kumpulan individu yang tidak berpinggang (boy’s figure), pilihlah seluar panjang berpotongan lurus dengan poket di bahagian sisi. Jangan sesekali memakai seluar panjang ketat atau mengecil di bagian hujung.


Tip berpakaian untuk tubuh berisi

Memiliki tubuh pendek dan mungil, kadangkala menimbulkan masalah ketika ingin memilih pakaian yang sesuai. Namun ini tidak bererti masalah itu tidak boleh diatasi. Ada beberapa trik yang boleh dimanfaatkan untuk membuatkan tubuh badan terlihat lebih tinggi dan langsing:-
  • Kenakan baju atau blaus yang kemasannya menarik mata untuk turun  secara vertikal. Kolar berpotongan ‘V’ merupakan pilihan yang baik.
  • Masukkan baju atau blaus ke dalam seluar panjang supaya kaki anda kelihatan lebih panjang dan tentu saja anda akan tampak lebih tinggi.
  • Pilih pakaian yang betul-betul sesuai dengan tubuh badan. Pakaian yang terlalu longgar seperti jaket yang besar akan membuatkan anda kelihatan lebih besar daripada saiz badan yang sebenar.
  • Kenakan pakaian dengan motif atau corak yang bergaris vertikal.
  • Jangan takut mengenakan skirt pendek. Sebaliknya hindari skirt yang labuhnya melepasi lutut atau sehingga betis. Pemakaian sebegini akan membuatkan tubuh badan seperti terpotong dan akibatnya anda tampil lebih pendek.
  • Jangan lupa mengenakan kasut bertumit tinggi.




TIPS BERFESYEN UNTUK WANITA BERTUBUH KECIL


Kalau yang berbadan gempal berasa segan dan sukar untuk mencari pakaian, begitu juga dengan si kecil molek. Namun, satu kelebihan bagi yang bertubuh genit ialah baju yang besar masih boleh diubah suai menjadi kecil. Pelbagai alternatif dalam berfesyen bagi golongan ini.

 Cari saiz pakaian yang sesuai dengan bentuk tubuh.

Pemilihan pakaian yang sesuai pada tubuh badan si gadis genit amat penting agar tidak nampak canggung. Jangan pakai baju yang terlalu besar kerana darlingss hanya akan kelihatan pelik atau mungkin orang akan berkata baju tersebut sebagai ‘baju pinjam’.


 Pilihan motif garisan menegak atau cutting menegak

Pilihlah baju dengan garisan yang menegak.Tidak semestinya kamu memakai pakaian yang bercorak belang menegak. Cukuplah sekadar mempunyai potongan menegak yang menampakkan tubuh genit kamu menjadi sedikit tinggi. Setidak-tidaknya ia dapat membantu.


 Berkolar V

Pilihlah top dan jaket yang berkolar V atau bentuk U. Bentuk kolar baju seperti ini dapat memberi ilusi terhadap bentuk leher agar nampak lebih jinjang.


 Kasut tumit tinggi


Sila pakai kasut tumit tinggi! Ini merupakan jalan penyelesaian yang paling ideal untuk menambah ketinggian. Jangan sesekali memakai kasut pump atau kasut mendatar yang lain. Namun begitu, ianya terpulang kepada keselesaan si pemakai. Elakkan juga pemakaian kasut silang yang terlalu banyak tali kerana ia akan menampakkan kaki anda lebih pendek.

 Pemakaian aksesori

Elemen aksesori perlu dititik beratkan kerana aksesori mampu mengubah penampilan seseorang dalam sekelip mata. Manakala daripada segi beg pula, elakkan daripada menggunakan beg tangan yang besar kalau tidak nanti kamu akan “ditenggelamkan” oleh beg kamu itu. Pilih beg yang sederhana tapi masih sesuai dengan gaya anda.


 Seluar potongan lurus

Pakai seluar atau celana jean yang mempunyai potongan lurus (straight cut) berbanding dengan skinny jeans. Untuk nampak sempurna, jangan pakai seluar dengan poket yang banyak, lipatan serta mempunyai butang pada hujung seluar. Daripada segi tali pinggang pula, pilih tali pinggang yang nipis dan tidak lebar bentuknya.


Setiap wanita boleh tampil bergaya, cantik dan menarik asal saja dia tau apa yang harus digayakannya. Begitu juga dengan wanita yang bertubuh kecil, jangan jadikan alasan itu untuk menghalang anda bergaya dengan trend masa kini. Anda haruslah bijak menyembunyikan kekurangan diri, bukannya menunjukkannya dengan cara bergaya yang salah.


Semoga dengan perkongsian tips ini dapat sedikit sebanyak membantu anda :)