TIPS MEMILIH WARNA PAKAIAN....
1) Jangan menggunakan pakaian yang mempunyai lebih dari 3 warna
Sangat disarankan untuk para wanita, adik, kakak sebaiknya jika anda mahu memilih warna blocking ELAKKAN dari menggunakan terlalu banyak warna yang terang. baru nampak sweet-sweet gitu...
2) Pilihlah warna yang sesuai dengan kulit
kenali warna yang sesuai dengan kulit anda. contoh, jika anda memiliki kulit yang agak gelap maka kenakan dengan pakaian berwarna cerah seperti putih, kelabu cair atau baby blue.. Sebaliknya jika anda memiliki kulit yang cerah, maka anda semestinya sesuai dalam menggunakan warna-warna terang seperti merah, royal blue dan green emerald
3) Jangan menggunakan seluar, palazo, skirt dengan warna terang jika...
Anda sudah menggunakan baju dan tudung yang bewarna-warni. Pilihlah bahagian bawah dengan warna yang neutral atau gelap seperti hitam, blue jeans atau coklat nude
4) Sesuaikan warna pakaian anda mengikut waktu dan tempat
pilihlah pakaian dari warna yang agak gelap dan tidak terang jika anda menghadiri majlis formal atau majlis di waktu malam. Bagi acara yang lebih santai, pilihan warna yang segar dan terang amat sesuai dengan suasana begitu..
5) Gunakanlah tali ikatan pinggang yang sewarna dengan kasut
dengan begitu anda tidak tampil dengan paduan warna yang lebih banyak..
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment