Monday, 19 May 2014

5 trend Fesyen Hijab Tudung Popular 2014


2014 menyajikan gaya stail ber-tudung/hijab fesyen Muslimah Malaysia yang lebih sofistikated, terutamanya perincian pemakaian gaya tudong terbaru, tidak lagi cenderung kearah rekaan berbentuk segitiga tradisional sahaja. Fesyen rekaan tudung 2014 dipelbagaikan dengan pendekatan rekaan lebih eksklusif, lebih moden dan trendy, sesuai untuk usia muda hingga ke tua, di dalam dan luar bandar.
Mari kita lihatkan 5 gaya trend dan fesyen ber-tudung atau hujab kegemaran Muslimah Malaysia. Rekaan gaya yang diketengahkan membolehkan si-pemakai bergaya disamping menutupi aurat. Himpunan gaya fesyen bertudung ini dikumpulkan berdasarkan populariti pilihan.

Gaya Tudung Shawl


Muslimah Stylistaa sukakan tudung dengan shawl, kerana ia merupakan gaya ber-hijab/tudung asas dan boleh dipelbagai rekaan gaya mengikut kreativiti. Sebagai contoh, pemakaian secara sederhana seperti Muslimah di negara-negara Arab.
Anda juga boleh memadankan berbagai aksesori dengan pemakaian gaya tudong shawl anda, mengikut keadaan semasa.

Gaya Tudung Syria


Gaya ber-tudung Muslimah Syria pula menjadi kegemaran ramai wanita muslimah Malaysia kini. 2014 bakal memperlihatkan berbagai rekaan gaya Syria akan diapasarkan dari pereka-pereka serta pengeluar industri tudung. Ini kerana ia sangat mudah dipakai, digayakan dan mudah dipadankan dengan pakaian.

Tudung Hana Tajima


Rekaan gaya Hana Tajima agak kompleks dan adakalanya nampak keterlaluan (over), jika, anda baru-baru menjinakkan atau pertama kalinya mencuba gaya ber-tudung/hijab ini.
Dinamakan berdasarkan pereka fesyen hijab tersohor, Hana Tajima, bagi Muslimah Stylistaa, rekaan ini sangat sesuai untuk pengayaan di bandar, khusus untuk working women/modern muslimah. Ini kerana ia memberikan aura gaya kemodenan dan sofistikated kepada si-pemakai.

Tudung Gaya Turban


Dipopularkan oleh artie-artis tempatan Malaysia, Walaupun ber-tudung, gaya Turban ini menjadi ikutan segelintir masyarakat moden terutamanya remaja dan muslimah kelas pertengahan dan keatas Malaysia.
Ketika ini, pereka fesyen negara banyak mengetengahkan rekaan ber-tudung gaya Turban kerana memberikan keterampilan moden dan trendy kepada si-pemakai.

Tudung Bawal


Gaya ber-tudung Bawal. Ringkas, mudah, sesuai dipakai serta selesa dalam apa jua keadaan dan cuaca. Ia berasaskan rekaan bentuk segi tiga tradisional dan kebanyakan wanita Musllimah Malaysia bermula dengan memakai gaya tudung ini.
Tudung bawal kini juga telah dimodenkan dengan berbagai rekaan yang lebih stailo, sofistikated dan trendy. Penggunaan manik, berlian, kristal, pada kain bercorak, ber-tona (2 hingga 3 warna pastel dan lembut), semakin diketengahkan oleh pereka dan pembuat tudung bawal Malaysia.
Kini rekaan tudung bawal lebih eksklusif dan mudah dipelbagai gayakan, serta ia telah memertabatkan industri rekaan dan fesyen ber-tudung bawal tempatan melalui penjenamaan. Hasilnya, kini kain tudung bawal boleh diperoleh dengan lebih berkualiti, mudah digosok, tidak mudah berkedut, serta rosak jika diulang basuh.
Fesyen ber-tudung Ready To Wear (amnya) memastikan gaya tudung Muslimah Malaysia sentiasa mengikut peredaran fesyen semasa dan tidak bercanggah dengan tuntutan agama bagi seorang muslimat
.

No comments:

Post a Comment