Tips muslimah cantik menawan.
Setiap wanita amat mendambakan wajah yang cantik, sihat serta menawan. Namun disebalik kecantikan tersebut tersimpan seribu satu rahsia tentang bagaimana ingin para muslimah ingin dapatkan kecantikan fizikal dan dalaman.
Wahai muslimah, baca dan fahami nasihat di bawah bagi mengekalkan kecantikkan kamu :)
1) Dari mata turun ke hati. Jadi awas para muslimah peliharalah mata anda dengan sebaiknya. tundukkan pandangan mata terhadap lelaki agar mata kamu lebih bercaya dan bersinar.
2) Basahi wajahmu dengan air wudhuk sekurang-kurangnya lima kali sehari. Percayalah air wuduk mampu mengekalkan awet muda sekaligus menyegarkan kulit wajah anda.
3) Bibir yang merah, halus dan gebu menjadi dambaan setiap wanita. Tidak perlu dihiasi dengan lipstik yang bewarna terang, cukup sekadar melafazkan kata-kata yang indah untuk di dengar. setiasa jujur dalam berbicara dan luangkan masa dengan zikrullah
4) Pipi yang halus, mulus dan kemerah-merahan menjadi keinginan setiap wanita. Untuk memiliki pipi seperti itu, biasakan diri dengan sifat yang bersederhana. hal ini kerana kesederhanaan merupakan hal yang penting dalam ajaran Islam.
5) Bagi membuang kekotoran yang melekat di bahagian tubuh, biasakan diri gunakan sabun yang dipanggil "istighfar". Sabun wangi ini akan membuang segala kotoran dan dosa yang anda lakukan.
6) Rambut yang bersinar, lembut menjadi idaman setiap wanita. untuk mengelakkan rambut anda daripada rosak, pakailah hijab yang melindungi rambut daripada panas mentari
7) Bagi anda yang ingin memiliki barangan kemas atau perhiasan, cantikkan tangan anda dengan kerendahan hati dan dan didik tangan anda untuk mudah memberi serta membuat kebajikan
8) Sucikan hati dengan sering memberi kemaafan dan meminta maaf.
Wanita, hiasan dunia dan seindah hiasan adalah wanita solehah.. :)
No comments:
Post a Comment