Monday, 19 May 2014

TIPS BERFESYEN UNTUK WANITA BERTUBUH KECIL


Kalau yang berbadan gempal berasa segan dan sukar untuk mencari pakaian, begitu juga dengan si kecil molek. Namun, satu kelebihan bagi yang bertubuh genit ialah baju yang besar masih boleh diubah suai menjadi kecil. Pelbagai alternatif dalam berfesyen bagi golongan ini.

 Cari saiz pakaian yang sesuai dengan bentuk tubuh.

Pemilihan pakaian yang sesuai pada tubuh badan si gadis genit amat penting agar tidak nampak canggung. Jangan pakai baju yang terlalu besar kerana darlingss hanya akan kelihatan pelik atau mungkin orang akan berkata baju tersebut sebagai ‘baju pinjam’.


 Pilihan motif garisan menegak atau cutting menegak

Pilihlah baju dengan garisan yang menegak.Tidak semestinya kamu memakai pakaian yang bercorak belang menegak. Cukuplah sekadar mempunyai potongan menegak yang menampakkan tubuh genit kamu menjadi sedikit tinggi. Setidak-tidaknya ia dapat membantu.


 Berkolar V

Pilihlah top dan jaket yang berkolar V atau bentuk U. Bentuk kolar baju seperti ini dapat memberi ilusi terhadap bentuk leher agar nampak lebih jinjang.


 Kasut tumit tinggi


Sila pakai kasut tumit tinggi! Ini merupakan jalan penyelesaian yang paling ideal untuk menambah ketinggian. Jangan sesekali memakai kasut pump atau kasut mendatar yang lain. Namun begitu, ianya terpulang kepada keselesaan si pemakai. Elakkan juga pemakaian kasut silang yang terlalu banyak tali kerana ia akan menampakkan kaki anda lebih pendek.

 Pemakaian aksesori

Elemen aksesori perlu dititik beratkan kerana aksesori mampu mengubah penampilan seseorang dalam sekelip mata. Manakala daripada segi beg pula, elakkan daripada menggunakan beg tangan yang besar kalau tidak nanti kamu akan “ditenggelamkan” oleh beg kamu itu. Pilih beg yang sederhana tapi masih sesuai dengan gaya anda.


 Seluar potongan lurus

Pakai seluar atau celana jean yang mempunyai potongan lurus (straight cut) berbanding dengan skinny jeans. Untuk nampak sempurna, jangan pakai seluar dengan poket yang banyak, lipatan serta mempunyai butang pada hujung seluar. Daripada segi tali pinggang pula, pilih tali pinggang yang nipis dan tidak lebar bentuknya.


Setiap wanita boleh tampil bergaya, cantik dan menarik asal saja dia tau apa yang harus digayakannya. Begitu juga dengan wanita yang bertubuh kecil, jangan jadikan alasan itu untuk menghalang anda bergaya dengan trend masa kini. Anda haruslah bijak menyembunyikan kekurangan diri, bukannya menunjukkannya dengan cara bergaya yang salah.


Semoga dengan perkongsian tips ini dapat sedikit sebanyak membantu anda :)

No comments:

Post a Comment