Thursday, 20 March 2014

11 TIPS PEMILIHAN TUDUNG

Untuk pengisian ilmu kepada anda. Disini Muslimah Stylistaa nak kongsikan tips pilihan tudung yang mungkin akan membantu anda dalam pemilihan gaya dan penampilan.

Secara asasnya pemilihan tudung perlulah mengambil kira beberapa faktor penting seperti fabrik,warna,saiz,corak,bentuk muka dan gaya pemakaian.Anda haruslah bijak mengayakan tudung mengikut kesesuaian supaya anda tidak menjadi mangsa fesyen yang berbagai sekarang ini.

Tips 1
Pilih tudung dari fabrik yang bersesuaian seperti kain kapas,kain kasa(bawal),jojet,lycra,jersey dan chiffon.

Tips 2
Jika memilih corak berbunga besar,padankan dengan baju kurung atau kebaya yang berwarna garang dan polos.

Tips 3
Jika memakai baju yang bercorak atau berbunga, padankan dengan tudung yang mempunyai warna paling sikit di baju kamu.

Tips 4
Untuk kamu yang berkulit kuning langsat,pemakaian tudung berwarna biru,l avendar dan pink akan menyerlahkan lagi keserian wajah.

AWAS! elakkan tudung berwarna hijau dan kuning supaya tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya.

Tips 5
Cuba elakkan memakai tudung dan baju yang sedondon.

Tips 6
Elakkan pemakaian tudung yang berwarna gelap dan kusam untuk mengelakkan kamu kelihatan lebih berusia daripada umur kamu.

Tips 7
Untuk penampilan yang lembut tetapi ceria dan berkeyakinan tinggi, pilihla tudung polos atau kosong yang berwarna cerah seperti merah jambu, kuning dan biru.



Tips 8
Bagi wajah yang berbentuk bulat, pilihla tudung yang bercorak kecil dan tidak penuh.Ia untuk mengelakkan wajah kamu kelihatan penuh dan tidak terurus.

Tips 9
Bagi kamu yang berkulit putih disyorkan memakai tudung berwarna hijau, ungu dan lavender untuk wajah yang lebih segar.
AWAS! Tudung berwarna merah jambu akan membuatkan kamu kelihatan pucat.

Tips 10
Buat pemilik kulit sawo matang, warna hijau dan kuning membuatkan kamu kelihatan lebih cerah dan terang.
AWAS! Cuba elakkan memakai tudung berwarna kelabu gelap supaya wajah kamu tidak kelihatan kusam.

Tips 11

Pastikan tudung kamu dikemaskan di bawah kerongsang selepas dipinkan tudungnya. Ia bertujuan mengelakkan lilitan tudung kelihatan seperti mengelembung.

No comments:

Post a Comment