a.Tudung dari bahan polyster
1.Rendam
berasingan dengan air bersih yang telah dicampurkan dengan detergen secukupnya
selama 15 minit.Cuci dengan tangan kemudian bilas dan perah.
2.Jangan
berlebih menggunakan pelembut kain agar tidak cepat berbulu.
3.Keringkan
di bawah matahari agar bau tidak melekat jika berkeadaan lembap.
4.Segera
dicuci atau rendam jika terkena kotoran.
5.Setelah
kering,seterika cara terbaik agar hiasan tidak rosak .kemudian gantung atau
lipat.
b.Tudung dari bahan sutera.
1.Rendam
berasingan dengan air bersih bercampur syampu air.
2.Tidak
perlu cucian tangan,cukup dengan merendamnya selama 20 minit.
3.Celup
ke dalam air bersih dan bilas tanpa memerahnya.
4.Segera
dicuci apabila terkena kotoran.
5.Keringkan
dengan mengangin tangan tanpa melipatnya (sepit dihujung),seterika dan gantung.
C.Tudung dari bahan kapas.
1.Rendam
dengan air bersih dicampurkan dengan detergen selama 15 minit.
2.Kocak-kocakkan
didalam air,bilas bersih dan diperah perlahan.
3.Keringkan
dibawah matahari (jangan terlalu kering) kemudian seterika dan gantung.
d.Tudung dari bahan tenunan.
1.Rendam
dengan air bersih bercampur detergen selama 15 minit.
2.Kocak-kocakkan
kemudian bilas dengan air bersih dan perah.
3.Jika
terkena kotoran segera cuci kerana kotoran mudah meresap pada kain tenunan.
4.Keringkan
di bawah matahari kemudian diseterika (jgn terlalu panas) dan digantung.
e.Tudung dari bahan pashmina
1.Rendam
dengan air bersih bercampur sedikit detergen selama 15 minit.
2.Dikocak
perlahan,bilas dengan air bersih dan diperah.
3.Keringkan
ditempat teduh,seterika cara terbalik dan digantung.
No comments:
Post a Comment