- Pastikan
anda kenali bentuk wajah anda.Jangan terlalu mengikut trend hingga anak
tudung yang dipakai tidak sesuai dikepala anda.
- Pilih
fabrik yang sesuai seperti cotton kerana ia mampu menyerap peluh dengan
baik.Jika lycra, pilih jenis yang bermutu kerana jika tersalah pilih anda
akan rasa tidak selesa terutama di bahagian tulang pipi.
- Jangan
pilih terlalu ketat, ini kerana boleh membuatkan anda rasa sakit dan tidak
selesa.Pilih warna yang sesuai dengan selendang.
- Jika
selendang anda fabriknya licin, pakai anak tudung dari jenis cotton kerana
ia mampu 'menjinakkan' selendang yang licin.
- Selendang
yang jarang harus dipakai bersama inner neck yang mampu melindungi leher
anda daripada kelihatan.Dalam bergaya aurat sebagai muslimah juga perlu
dijaga.
- Untuk
tambahan aksesori seperti kerongsang atau pin, pastikan selendang yang
digayakan motifnya tidak sarat.
- Anak
tudung ala turban mampu memberi ilusi bujur buat wajah anda.
- Bagi anak
tudung yang bercorak, tidak semua orang sesuai.Seelok-eloknya banyakkan
anak tudung polos dalam koleksi anda.
- Bagi yang
gemarkan keceriaan,pelbagai anak tudung yang disertakan dengan pelbagai
aksesori juga dapat membangkitkan gaya yang menarik.Apa yang
penting,pastikan pemakaiannya bersesuaian dengan anda,majlis dan situasi.
Sunday, 27 April 2014
TIPS MEMILIH ANAK TUDUNG / INNER NECK
Labels:
Tips fesyen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment