“Wah,
cantiknya baju tuh ! nak beli lah. Muat tak muat belakang kira janji aku
dapatkan dia dulu!”
Pernahkah
kamu berada seperti situasi di atas ? Membeli tanpa berfikir panjang !
Jaga-jaga takut di kesudahannya kamu menyesal kerana berhabis duit demi sehelai
pakaian yang kamu sendiri tidak puas hati. Jom pelajari 5 pekara yang
seharusnya kamu titik beratkan ketika memilih pakaian.
1. Saiz
yang betul
Sebaiknya
sebelum kamu membeli pakaian, apa kata kamu cuba dahulu. Kerana tidak semua
baju yang cantik selesa untuk di pakai. Jadi, sebelum membazir apa kata kamu
pastikan dahulu adakah ia berbaloi untu di beli atau sebaliknya.
2. Rona
warna yang sesuai
Pemilihan
warna juga penting. Kamu perlu berfikir sejenak adakah baju yang cantik ini
warnanya sesuai dengan warna kulitmu ? adakah warna itu boleh dipadankan dengan
kasut-kasut kamu yang lain. Adakah ia sesuai dengan warna tudung mu dan
sebagainya.
3. Teliti
jenis kain
Jika kamu
seorang yang kuat berpeluh, seeloknya kamu lihat dan teliti betul-betul kualiti
dan jenis kain baju yang ingin kamu beli itu. Adakah ia jenis kain yang serap
peluh atau sebaliknya. Bukan apa takut-takut2 jenis kain itu tidak sesuai
dengan mu dan akan menyebabkan bau badan yang kuat. Jadi nanti sia-sia sahaja
kamu berlawa-lawa sekali berbau pula!
4. Pastikan
baju tidak berlubang atau koyak!
Jaga-jaga!
Adakalanya malang tidak berbau. Siapa yang akan perasan kalau baju atau seluar
yang kamu beli itu berlubang atau terkoyak ? Jadi, pastikan betul-betul adakah
pakaian itu dalam keadaan sempurna atau sebaliknya nanti tak pasal kamu perlu
ke kedai itu semula untuk kali ke dua!
5.
Pastikan zip berfungsi dengan betul
Selain
daripada memastikan baju atau seluar itu tidak berlubang atau terkoyak. Kamu
juga harus memastikan adakah zip (jika ada) ia berfungsi dengan betul atau
tidak. Mana tahu sedang kamu berbangga dengan baju baru ada pula insiden yang
memalukan berlaku.
No comments:
Post a Comment