1. Mendirikan solat
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan
keatasnya solat fardu lima waktu sehari semalam. Solat fardu dengan rajin
dan lakukannya solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada
solat wajib itu tadi.
2. Menjaga solatnya
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika
menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk,menunaikan solat juga dituntut
beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta
menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah-
lengah.
3. Bersyukur dan
redha
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila
ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluhdan adakalanya seperti menyalahkan
takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah.
4. Selalu bersedekah
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah
dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama
saudara seagama. Sehingga malikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah
itu Allagh S.W.T akan gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.
5. Menjaga maruah diri
Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga
maruahnya dengan menutup aurat dengan betul.memelihara diri dan kehormatannya
serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya melakukan maksiat dan
perbuatan keji.
6. Takut murka Allah
Wanita solehah sentiasa patuh kepadaajaran Allah dan menjauhi
semua laranganNya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa
merasakan Allah itu maha melihat semua perbuatan hambaNya.
7. Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke
atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu , seorang pekerja,
seorang tertangga. Amanah kepada Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah ,
‘kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.
8. Pandai mengaji
Al-Quran
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dengan
istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahun mengaji
quran dan suka /sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya
rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quraan ibarat sebuah kubur.
No comments:
Post a Comment