Semua orang inginkan kulit yang cantik kan? tapi perlu ingat bukan sahaja
cantik tapi sihat juga! Jika anda inginkan kulit yang cantik dan sihat, mesti
perlukan sedikit usaha.. Tak susah pun, yang penting kita mesti rajin..
1. Makan makanan berkhasiat.
Hindari atau kurangkan makanan yang mengandungi lemak dan berminyak.
Kamu juga perlu menghindari makanan yang boleh menyebabkan punca kepada masalah
jerawat dan berminyak. Contohnya kentang goreng dan minuman soda. Kamu perlu mengenalpasti
makanan yang tidak perlu untuk tubuh kamu. Ini disebabkan setiap orang
mempunyai keperluan yang berbeza. Kalau rasa kamu makan coklat hari ni, esok
timbul jerawat. Hindari dari makan coklat. Banyakkan makan buah dan sayuran. Pengambilan
suplemen yang betul juga perlu untuk menambah keperluan nutrisi seharian contohnya Vitamin
C dan Vitamin E yang amat terkenal sebagai antioksidan dan
juga vitamin untuk kulit cantik di mana untuk melawan radikal bebas.
2. Bersenam dan Minum Air Putih.
2. Bersenam dan Minum Air Putih.
Minum air putih lapan gelas sehari dan bersenam secara teratur.
Siapa kata anda tidak boleh bersenam setiap hari? Kalau anda merupakan seorang
suri rumah, peluang bersenam memang ada. Pastikan semasa mengemas rumah, tutup
kipas atau aircond. Biarkan peluh keluar dari tubuh anda. Lakukan aktiviti
menyapu, mengemas dan mop lantai sebagai rutin senaman di rumah. Selain anda
sihat, rumah pun kemas kan ? jangan lupa banyakkan minum air kerana tubuh kita
memerlukan air yang banyak. Kelancaran darah menjadikan kulit kembali
berseri.
3. Cuci muka sebelum tidur.
3. Cuci muka sebelum tidur.
Biasakan anda tidur dalam keadaan bersih. Cuci muka terlebih
dahulu sebelum tidur. Anda juga boleh menggunakan krim malam untuk
membaiki tekstur wajah atau melembapkan kulit. Sekali seminggu gunakan
pupur wajah. Jangan pula anda tidur dengan makeup masih di muka!
4. Tidur yang cukup.
4. Tidur yang cukup.
Tidur lapan jam sehari amat penting. Ianya bertujuan untuk merehatkan
badan agar sistem tubuh berjalan dengan baik. Jika anda tidak cukup tidur,
anda akan menghadapi masalah jerawat dan tubuh lesu dan tidak bermaya. Selain
itu, anda akan mula dikenali sebagai 'Pandawoman' disebabkan wujud lingkaran
gelap bawah mata!
5. Lindungi kulit daripada Matahari.
Penting untuk kita melindungi kulit dari sinaran cahaya matahari. Ianya
untukmengelakkan muka menjadi merah, terbakar dan timbul garis kedutan.
Pakai krim tabir suria sebelum anda keluar rumah setiap hari.
6. Berhenti merokok.
6. Berhenti merokok.
Hey ladies! jangan merokok. Tak cun tau! sbb rokok mengandungi banyak bahan
kimia yang merbahaya! bukan takat kulit malah badan anda pun akan rosak!
6 tips di atas adalah tips asas yang amat mudah untuk dilakukan bukan?
Hanya perlu usaha dari kita sahaja...
Oleh itu, jangan malas-malas ya...ingat bukan senang nak cantik..^_^